Sisters in Islam (SIS) sepatutnya dah lama di haramkan. Pegangan dan kepercayaan mereka amat jelas sesat lagi menyesatkan.
Kalau darul arqam pada suatu masa dulu bolih diharamkan mengapa ajaran sesat yang dibawa SIS tidak bolih diharamkan. Kita tidak tahu mengapa selama ini majlis fatwa kebangsaan tidak mengeluarkan sebarang fatwa atau tindakan olih jabatan agama. Ini mungkin kerana Rosmah Najib dan isteri menteri-menteri lain terlibat, jadi, pihak berkuasa tidak berani membuat fatwa atau mengambil tindakan.
SIS adalah suatu pergerakan wanita liberal dan progresif yang bertentangan dengan Islam. Pemimpin mereka Zainah Anwar dan lain-lain adalah mereka yang sentiasa mencari hujah supaya prinsip dan ajaran Islam diubah mengikut kehendak nafsu kewanitaan mereka.
Islam adalah suatu ajaran dimana semua pengikutnya wajib ikut segala suruhan dalam agama. Tetapi golongan SIS adalah mereka yang tidak mengikut ajaran agama tetapi bagi mereka ugama yang mesti mengikut kehendak mereka. Mereka tidak menyesuaikan kehidupan mereka mengikut kehendak agama tetapi agama yang harus disesuaikan dengan kehidupan mereka. Apabila mereka tidak mahu menutup aurat seperti mana dituntut olih Islam, mereka akan cari hujah untuk menyokong kehendak nafsu mereka walaupun kadangkala hujah mereka adalah amat dangkal sekali.
Mereka menyokong seorang wanita Afrika yang yang mengajar di Amerika Syarikat bernama Aminah Wadud supaya wanita bolih mengimami solat jumaat. Hujah sesat mereka baca disini dan hujah sebenar mengikut Islam baca disini. Ulama-ulama muktabar di Malaysia sendiri tidak setuju bahawa adanya nas yang sahih untuk menyokong hujah Aminah Wadud dan SIS. Saya melihat ajaran Sisters in Islam adalah suatu agama tersendiri sama seperti ajaran Qadiani dan yang lain-lain.
Jadi saya rasa sampai masanya, sepertimana yang disarankan olih Muktamar Pas baru-baru ini, ajaran sesat yang dibawa olih SIS mestilah disiasat dan diharamkan!
olih : decapuchino
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda