Selasa, Januari 13, 2009
askar Israel pengecut aniaya anjing kesan pejuang Hamas
BANDAR GAZA - Tentera Israel menggunakan anjing-anjing terlatih (gambar) yang dilengkapi dengan alat berteknologi tinggi seperti radio dan kamera untuk mencari tempat persembunyian pemimpin-pemimpin Hamas di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penduduk Palestin berkata: " Askar-askar Yahudi tidak berani keluar dari kereta kebal dan datang ke rumah kami melainkan selepas mereka menghantar anjing.
"Anjing-anjing dilengkapi kamera dan walkie talkie di kaki. Ia menghantar imej apa yang terdapat dalam rumah sebelum kereta-kereta kebal bergerak ke pintu rumah dan askar-askar keluar dari kenderaan itu."
Anjing-anjing itu milik Pasukan Pertahanan Israel dan dilatih di pusat latihan Unit Oketz yang dilengkapi gimnasium dan kubur tentera.
Baka anjing Pedigree Belgian Shepherd dipilih kerana ia mudah dibawa jika cedera kerana saiz badannya adalah kecil.
Pengendali anjing-anjing itu memberi arahan menerusi radio yang diletakkan di leher haiwan tersebut.
Maklumat kemudian dihantar ke pusat pemerintah tentera Israel melalui kamera dan alat pendengaran teknologi tinggi yang dibawa oleh haiwan berkenaan. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda