Sabtu, Januari 10, 2009

ISRAEL bodoh INGKAR ARAHAN PBB


UMAT Islam solat Jumaat di luar Baitulmaqdis setelah dihalang memasuki Masjidil Al-Aqsa semalam.

BANDAR GAZA - Kerajaan Israel semalam tidak mengendahkan arahan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan terus menghujani Gaza dengan bom serta tembakan meriam.

Rejim Zionis juga berikrar untuk terus memerangi pergerakan Hamas walaupun PBB mengarahkan operasi itu dihentikan selepas beratus-ratus orang awam terbunuh.

Pegawai perubatan memberitahu bahawa angka korban meningkat kepada 800 orang selepas 12 lagi terbunuh apabila tentera Israel melancarkan lebih 50 serangan udara di Gaza semalam.


ORANG ramai melihat bangunan Hamas yang rosak akibat dibedil tentera Israel di Gaza semalam.

Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini mengeluarkan satu resolusi yang menggesa satu gencatan senjata dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza.

"Israel tidak akan bersetuju dengan pengaruh luar bagi memutuskan hak untuk melindungi warga kami," kata Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

"Tentera Israel akan meneruskan serangan bagi mempertahankan rakyat kami dan melaksanakan tugas yang diberikan dalam operasi ini," ujarnya dalam satu kenyataan.


SEORANG rakyat Palestin mendukung jenazah anaknya yang terbunuh dalam satu serangan di Gaza semalam.

Seorang pegawai Hamas, Raafat Morra berkata, pihaknya juga menolak resolusi PBB itu kerana ia bukannya memihak kepada penduduk Palestin.

Israel menceroboh Genting Gaza pada bulan lalu bagi menghentikan serangan roket.

Hamas dan beberapa kumpulan pejuang lain pula melancarkan lebih 15 roket ke wilayah Israel dan menyebabkan seorang rakyat Yahudi cedera. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda


visitor maps-negara pengunjung blog saya