Jumaat, Januari 16, 2009

Mayat Palestin berterbangan


GAZA - Sebuah jet Israel mengebom satu tanah perkuburan di Gaza semalam menyebabkan sejumlah anggota badan manusia berterbangan ke kediaman penduduk berhampiran.

Selepas serangan itu, beberapa penduduk mengutip bahagian badan manusia yang bertaburan sebelum meletakkan ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk akibat letupan bom tersebut.

"Keseluruhan Gaza kini menjadi tanah perkuburan," kata seorang penggali kubur, Salman OmarSeorang penduduk berkata, kawasan itu kini berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.

"Daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung dan kami meletakkan ia ke dalam beg plastik," kata seorang penduduk, Ahmad Abu Jarbou.

Ahmad memberitahu bahawa seorang jirannya menemui tangan seorang wanita yang telah mati bertahun-tahun dahulu di kediamannya.

"Jiran saya juga terpijak cebisan daging manusia ketika dia keluar untuk melihat apa yang berlaku," jelasnyaentera Israel berkata, pihaknya mengebom sebuah tempat simpanan senjata yang terletak berhampiran dengan tanah perkuburan tersebut.


SEBAHAGIAN penduduk melihat kawah yang terbentuk akibat dibom jet Israel di kawasan perkuburan Sheikh Radwan, Bandar Gaza semalam.

Menurutnya, satu lagi serangan berhampiran menyasarkan satu lokasi yang digunakan oleh pejuang Hamas untuk melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.

Serangan tentera Israel masih diteruskan semalam dengan angka kematian melepasi 1,000 orang. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda


visitor maps-negara pengunjung blog saya