Sabtu, Januari 10, 2009

PBB dedah kekejaman Israel bedil rumah penuh kanak-kanak

09/01/2009 5:32pm

BAITULMAQDIS 9 Jan. _ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari mendedahkan kekejaman askar Israel pada 4 Januari lalu, yang membunuh ramai orang awam yang berkumpul dalam sebuah rumah sebelum membedil rumah berkenaan.

Menurut PBB yang memetik keterangan beberapa orang saksi, askar Israel telah mengarahkan kira-kira 110 penduduk Palestin memasuki sebuah rumah di Zeitun, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.

PBB berkata, saksi-saksi melaporkan kejadian itu berlaku pada 4 Januari lalu.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) yang memetik keterangan beberapa saksi melaporkan, pada 4 Januari lalu askar Israel yang berjalan kaki memindahkan kira-kira 110 penduduk Palestin, separuh daripada mereka kanak-kanak, ke dalam sebuah rumah kecil di Zeitun dan memberi amaran kepada mereka supaya jangan keluar.

Kira-kira 24 jam kemudian, tentera Zionis telah membedil rumah tersebut berkali-kali, menyebabkan kira-kira 30 orang terkorban. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda


visitor maps-negara pengunjung blog saya