Isnin, Januari 12, 2009

Boikot barangan AS dan Yahudi - sampai bila?

Boikot barangan AS dan Yahudi - sampai bila?
Ahad, 11 Januari 2009 23:17
Berikut disiarkan beberapa petikan dari akhbar tentang cadangan umat Islam memboikot barangan Amerika dan Yahudi bagi 'menyelesaikan' konflik yang berlaku di Gaza sekarang. Di bawah sekali adalah ulasan pihak HTM bagi menjawab penyelesaian yang dicadangkan.

Boikot terus produk Yahudi, AS

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Generasi muda digesa memboikot secara berterusan produk berkaitan syarikat Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) yang mendalangi kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu mesti membuang tabiat mengagung-agungkan produk AS yang merupakan sekutu rapat Israel itu.

"Tindakan pemboikotan itu mesti dijalankan secara berterusan kerana usaha untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak pernah berhenti," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Rosnah diminta mengulas mengenai langkah yang perlu diambil masyarakat Malaysia bagi mengutuk dan mengecam perbuatan Israel menyerang Palestin.

Israel terus memperhebatkan serangannya di Genting Gaza sejak Sabtu lalu dan setakat ini telah mengorbankan hampir 400 nyawa dan menyebabkan 1,900 rakyat Palestin lagi cedera.

Kekejaman Israel itu menerima kutukan dan kecaman hebat masyarakat seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang kini mula menganjurkan beberapa langkah mengecam perbuatan keganasan itu termasuk protes dan usaha memboikot produk keluaran Yahudi.

Rosnah berkata, ahli Puteri UMNO yang merupakan sebahagian daripada generasi muda juga perlu bersama-sama menyokong setiap usaha membantah tindakan Israel yang melancarkan serangan udara ke Genting Gaza itu.

Katanya, generasi muda perlu menjadikan tragedi di Palestin itu sebagai satu pengajaran dan lebih peka terhadap krisis dunia terutama yang melibatkan umat Islam.

Ahli Parlimen Papar itu juga berkata, golongan tersebut hanya peka tentang perkembangan dunia hiburan, teknologi maklumat dan pemikiran berhaluan kiri tetapi tidak mempedulikan masalah yang berlaku di dunia luar.

"Generasi muda di negara ini terlalu asyik dengan dunia mereka sendiri dan tidak mengambil berat tentang kegawatan dunia sedangkan setiap peristiwa yang terjadi sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada Malaysia.

"Keganasan Israel di bumi Palestin misalnya amat berkait rapat dengan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam, sensitiviti ummah yang tidak sanggup melihat saudara seagama dizalimi sedemikian rupa mesti ada di kalangan kita," katanya.

Katanya, kegagalan generasi muda memahami krisis dunia dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sedikit-sebanyak akan melunturkan semangat sayangkan negara.

Sumber: Utusan Malaysia 04/01/09

50 NGO boikot produk AS

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Sebanyak 50 anggota Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Menentang Penganiayaan Rakyat Palestin bertekad memboikot produk Amerika Syarikat (AS) sehingga penduduk Palestin dibebaskan daripada cengkaman rejim Israel secara adil.

Pengerusinya, Mohd. Adnan Mohd. Tahir berkata, kempen memboikot produk AS itu bukan sahaja dilakukan hari ini ketika penduduk Palestin dikecam rejim Israel tetapi akan berterusan sehingga isu Palestin diselesaikan dengan saksama.

Beliau menegaskan, penganiayaan dan kekejaman ke atas penduduk Palestin telah berlanjutan sejak 1948 sehingga hari ini tanpa penyelesaian oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Gabungan itu setakat ini, katanya, telah mengenal pasti tiga syarikat termasuk McDonalds, Starbuck serta Mark & Spencer untuk diboikot berikutan tindakan mereka membantu rejim Israel menentang Palestin.

''Gabungan juga akan menyenaraikan 20 syarikat AS dan sekutunya yang lain untuk diboikot,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas demikian berhubung perkembangan kempen memboikot produk AS dan sekutunya berikutan rejim Israel menyerang Palestin sehingga mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan penduduknya sejak minggu lalu.

Sementara itu, gabungan tersebut akan menyerahkan memorandum membantah rejim Israel menyerang penduduk Palestin kepada Kedutaan Amerika Syarikat.

Pihaknya juga jelas beliau akan menyerahkan memorandum yang sama kepada kedutaan Mesir dan Perancis minggu depan.

Sehubungan katanya gabungan itu akan mengadakan 'Hari Selamatkan Rakyat Palestin' pada 18 Januari di Kompleks Sukan Bangsar di sini.

Sementara itu, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mata wang AS dan produknya diboikot secara terancang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Md. Di A. Ghani dalam kenyataan akhbar di sini semalam berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya serangan udara, laut dan darat yang berterusan ke atas penduduk Gaza.

Tindakan itu, katanya, seolah-olah rejim Israel mahu menghapuskan penduduk Palestin dan wilayah itu sama sekali.

Menurutnya, Mubarak juga menyokong saranan Dr. Mahathir supaya diadakan Sidang Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza itu.

Sumber: Utusan Malaysia 10/01/09

Ajar Israel-Amerika, boikot barangan mereka - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) -Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai mengajar kuasa besar dunia itu termasuk meminta rakyat negara ini tidak menggunakan dolar Amerika dalam urus niaga mereka.

"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya pada ceramah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sudah sampai masanya masyarakat dunia ini hari ini mengajar kuasa besar yang angkuh dan menindas negara Islam, terutama dalam menunjukkan sokongan umat Islam dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Sebaik selesai mengadakan kuliah, Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rakyat Palestin dan memijak poster dan membakar patung Presiden Amerika, George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert. - mks._

Sumber: harakahdaily.net

Ulasan:

Inilah rata-rata cadangan umat Islam di dalam menyelesaikan peperangan yang berlaku di Gaza sekarang. Serangan ganas Zionis ke atas umat Islam di Gaza yang kini mengorbankan hampir seribu nyawa dan ribuan lagi cedera, dilihat perlu ‘dijawab’ dengan pemboikotan barangan buatan Isreal dan Amerika! Batas sempadan assabiyyah yang dibuat oleh kuffar British di Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu ternyata hingga kini masih berjaya dan menebal menguasai pemimpin, termasuklah ulama Islam.

Apabila umat Islam di Palestin dibunuh dan diperangi, mereka hanya mampu menjawab untuk memboikot barangan si musuh. Apakah agaknya pemboikotan yang dilakukan ini, walau secara besar-besaran sekalipun akan dapat menghentikan serangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin?

Sejak berpuluh tahun lamanya, setiap kali umat Islam diperangi oleh AS ataupun Yahudi, maka laungan penyelesaisan “boikot” barangan Amerika sering dilagukan. Sudah berapa kali siri pemboikotan dilakukan, apa yang nyata adalah, nyawa umat Islam semakin banyak yang melayang dan ekonomi AS dan Yahudi tetap teguh. Hakikatnya, apa yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi AS sekarang ini pun langsung tidak ada kena-mengena dengan pemboikotan oleh negara umat Islam, ia adalah krisis subprime yang berakar umbi dari sistem ekonomi Kapitalis itu sendiri – inilah yang menyebabka kejatuhan ekonomi Amerika, dan bukannya pemboikotan barangan mereka oleh negara luar! Kenapa para pemimpin dan ulama masih seakan-akan buta melihat hakikat ini?

Bayangkanlah jika Malaysia sedang diperangi Amerika atau Yahudi, dan kaum keluarga serta sahabat handai kita mati bergelimpangan di bunuh musuh di sekeliling kita, peluru dan bom pula saban hari jatuh di depan mata, maka apakah kita mengharapkan (pada ketika ini) agar negara lain memboikot barangan Amerika dan Yahudi??? Atau apakah yang kita harapkan? Derma yang tak pernah kunjung tiba? Atau bantuan ubat-ubatan bagi yang telah meninggal? Atau kain selimut untuk menutup mayat-mayat? Atau apa???

Atau apakah pada ketika ini kita mengharapkan datangnya tentera-tentera umat Islam dari pelbagai negara untuk menyelamatkan kita? Manakah yang lebih menggembirakan kita, menunggu derma jutaan ringgit dari seluruh dunia atau menunggu bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi yang sedang mengganas? Sudah tentulah akal fikiran yang waras akan menjawab bahawa, saat ini kita sesungguhnya memerlukan bantuan ketenteraan dari tentera-tentera umat Islam!!!

Ya, inilah jawapan dan penyelesaian yang sebenar yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di Gaza saat ini. Mereka memerlukan bantuan ketenteraan, bukannya bantuan simpati kemanusiaan! Dan mereka tidak menghendaki kita hanya memboikot barangan Yahudi di saat Yahudi sedang menyembelih mereka, satu demi satau, hari demi hari. Demi Allah! Sesungguhnya penyelesaian yang hakiki ke atas masalah Palestin adalah dengan menghantar tentera bagi berjihad melawan Israel di sana!!!

Sesunggunya pemboikotan tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk memberhentikan kesombongan Israel sedikitpun. Dan ia juga tidak akan menghentikan pembunuhan Israel ke atas umat Islam sedikit pun. Tapi malangnya inilah hakikat pemikiran yang dimiliki oleh sebahagian daripada umat Islam saat ini, hanya boikot sahaja yang dapat mereka fikirkan.

Sebagai seorang Muslim kita perlu melihat dan menyedari bahawa produk buatan Amerika dan Yahudi bukanlah hanya dalam bentuk barangan fizikal semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ialah ‘produk pemikiran’ yang saat ini jauh lebih banyak diambil oleh umat Islam. Produk seperti nation-state (negara bangsa), demokrasi, HAM, Pluralisme, Liberalisme dan yang seumpamanya adalah produk pemikiran kuffar Barat yang sehingga kini masih dipegang kukuh termasuklah oleh ulama Islam.

UMNO yang memerintah Malaysia masih berpegang erat dengan segala produk pemikiran kufur di atas sehingga menyebabkan tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang kembali kepada Islam dan cuba menyelesaikan masalah Gaza dengan menghantar tentera ke sana. Apa guna memboikot produk fizikal Amerika dan Yahudi walhal produk pemikiran kufur mereka dipegang erat dan dijaga rapi!!! Produk pemikiran ini jauh lebih berbahaya dan inilah yang menyebabkan Gaza terus bermandi darah, kerana para pemimpin dan ulama yang ada masih berpegang teguh dengannya.

Produk pemikiran kufur menyatakan bahawa Malaysia ada batas sempadan negara sendiri (yang telah ditetapkan oleh Britsh), maka akal para pemimpin dan ulama juga ternyata ‘terbatas’ pemikiran mereka oleh sempadan yang dicipta British. Mereka sudah tidak nampak dan tidak boleh pergi lebih jauh sedikit bahawa sempadan palsu ini hanyalah rekaan British semata-mata. Sesungguhnya sempadan ini langsung tidak wujud dan umat Islam adalah umat yang satu. Dan satu-satu penyelesaian yang diajar oleh Islam dalam memerangi orang-orang kafir yang sedang memerangi Islam adalah dengan jihad. Ya! Ini kerana situasi di Palestin sekarang adalah situasi perang, dan perang wajib dijawab dengan perang (jihad), apatah lagi yang membunuh umat Islam itu adalah kaum Yahudi laknatullah yang telah mempunyai sejarah kejahatan yang sejak lama terhadap Islam.

Setiap negara umat Islam mempunyai tenteranya yang tersendiri, namun tentera ini semuanya dimandulkan oleh pemerintah yang pengkhianat. Langsung tidak digerakkan ke medan jihad, walaupun di saat saudara-saudara kita di Palestin di sembelih dengan dahsyatnya oleh kaum terkutuk Yahudi. Semua ini berlaku kerana kuffar British telah mengajar bahawa, Palestin adalah negara ‘orang lain’, Malaysia negara kamu dan kamu tidak boleh langkau sempadan! Kedudukan kamu yang paling baik adalah berkecuali, menjadi negara-negara yang berkecuali dan jangan masuk campur urusan negara lain. Inilah ‘ajaran’ setan British yang sehingga kini masih tertanam dengan kukuh di minda pemimpin dan ulama Islam. Kerananya, tidak ramai ulama yang berani menggesa pemerintah agar melancarkan jihad di sana, kerana hal ini bermaksud ‘mencampuri urusan negara lain’.

Jika benar kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunah, maka apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam masa kini, apatah lagi para ulama, adalah dengan menggesa pemerintah yang ada agar mengambil penyelesaian Al-Quran terhadap apa yang berlaku. Dan penyelesaian Al-Quran di dalam masalah ini tidak lain kecuali dengan menggerakkan tentera untuk berjihad melawan Isreal yang sedang memerangi umat Islam. Inilah tindakan yang wajib diambil dalam keadaan sekarang. Firman Allah SWT,

”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Hanya dengan bergeraknya tentera dengan mengikuti perintah Allah dan Rasul, inilah sahaja jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin, bukannya dengan boikot!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda


visitor maps-negara pengunjung blog saya