Sabtu, Januari 10, 2009

ISRAEL JAHANAM MASIH BERDEGIL




TERUS BERDEGIL... Walaupun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi supaya dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza, namun rejim Yahudi tidak mengendahkan arahan PBB itu dengan terus melancarkan serangan di wilayah Palestin. Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin



PBB dedah kekejaman askar Israel mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi gencatan senjata di Genting Gaza.

Israel tidak menghiraukan resolusi PBB dan terus melancarkan operasi tentera besar-besaran dengan 50 serangan udara yang meragut 12 lagi penduduk awam Palestin.

Seorang wanita Ukraine menjadi rakyat asing pertama menjadi korban serangan Israel apabila disahkan terbunuh semalam akibat tembakan askar Zionis.

Hizbullah nafi serangan roket ke utara Israel dari sempadan Lebanon.

Satu delegasi Hamas akan berlepas ke Kaherah esok apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan cadangan gencatan senjata di Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda


visitor maps-negara pengunjung blog saya