Khamis, Januari 08, 2009





GAZA CITY - Penduduk Gaza yang ketakutan berlindung di mana-mana sahaja yang dirasakan selamat ketika tentera Israel menggempur bandar tersebut. Cahaya jingga dan merah dari peluru bedilan kereta kebal dan peluru berpandu jet pejuang Zionis mencemari langit Gaza sejak subuh ketika pejuang Hamas melepaskan tembakan balas.
Askar Yahudi dan kumpulan pejuang Palestin bertempur di sub bandar Zeitoun ketika penduduk tertanya-tanya bila pertempuran akan tamat. Hanya beberapa pejuang Hamas dilihat berjalan pada waktu malam di jalan raya Gaza yang keputusan bekalan elektrik.
Ketakutan penduduk Palestin diburukkan lagi dengan siaran rakaman suara yang dihantar ke telefon rumah oleh pihak Israel. 'Tentera Israel akan melancarkan serangan yang lebih hebat bagi menentang Hamas' dan 'Kepimpinan Hamas hanya membawa kemusnahan' adalah antara mesej yang diterima oleh para penduduk Gaza.
Seorang penduduk, Abdelrahim Malaka berkata, kehidupan penduduk Palestin kini penuh dengan ketakutan. "Kami merayu kepada dunia agar mengasihani kami dan menyelamatkan kami dari perang Israel ini. Kesalahan apa yang dilakukan oleh anak-anak kecil kami sehingga mereka dibunuh?" katanya lagi.
Menurutnya, wanita dan warga tua yang mengibarkan bendera putih juga tidak dipedulikan oleh askar Israel yang terus melepaskan tembakan. Rumah-rumah musnah atau rosak teruk dan tidak dapat digunakan lagi, memburukkan lagi keadaan di waktu malam pada musim sejuk dengan kedinginan yang mencengkam hingga ke tulang. Ribuan keluarga melarikan diri menggunakan kereta dan trak malah ada yang berjalan kaki sambil mendukung anak menuju ke selatan.
Program Makanan Sedunia (WFP) menjelaskan, bantuan makanan berupa biskut berprotein tinggi dan daging serta ikan dalam tin yang boleh dimakan sejuk tidak dapat disalurkan ke Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda


visitor maps-negara pengunjung blog saya