Ahad, Januari 18, 2009
Radovan Karadzic : bila digantung?
Gambar ngeri pertama saya lihat ialah gambar mangsa perang Serb-Bosnia pada tahun 1995 atau 1996. Pertama kali saya melihatnya, saya sangat terkejut dan hanya mampu menelan liur. Sehingga sekarang saya ingat gambar tersebut, iaitu gambar seorang lelaki yang dibelah dua... (Ya Allah, lindungilah kami umat Islam semua...). Bermula dari saat itu, tidak henti doa dipohonkan agar pengadilan dan balasan terhadap kekejaman itu dipohonkan. Sejak melihat gambar itu juga, saya akan berhati-hati membuka attachment fail email supaya tidak terkedu lagi di depan pc.
Sebagai menyemarakkan doa agar umat Islam di seluruh dunia tidak lagi ditindas, saya titipkan beberapa fakta berkaitan. Ya... sambil membaca, sambil didoakan...
* Karadzic menyatakan puak Serb tidak boleh hidup dengan selamat bersama etnik Balkan yang lain, dan mereka memerlukan sebuah negara yang tulin dan selamat untuk Serbia sahaja (macam orang Yahudi la ni...)
* Pada asasnya, tentera Belanda bertanggung jawab melindungi Srebrenica yang dinyatakan sebagai wilayah aman PBB, namun ketuanya telah "menutup mata" atas kekejaman tersebut, berhubung baik dengan Ratko Mladic, siap minum-minum lagi masa pembersihan etnik tu.
* Antara cara pembunuhan oleh Karadzic ialah memotong kemaluan mangsa, menyembelih ibu yang sedang mengandung dan mengejar lelaki-lelaki yang melarikan diri ke dalam hutan.
* Dari saksi yang melihat, tentera Serb menyamar sebagai Pasukan Pengaman PBB untuk mengelabui mata dan memancing warga muslim. Mayat-mayat pembunuhan dikuburkan dalam beberapa kubur besar, dan ada yang digali semula dan dipindahkan pula ke kubur-kubur kecil bagi menutup jejak pembunuhan.
* Ada antara mayat yang dijumpai bercerai berasingan dalam tiga kubur berbeza.
* Terlalu ramai dalang yang perlu didakwa sehingga ruang perbicaraan Tribunal Yugoslavia menempatkan penjenayah-penjenayah ini perlu dirombak dan dibina semula.
* Sebuah filem bertajuk Flak Jacket lakonan Richard Gere mengenai penjenayah perang Radovan Karadzic telah dibuat pada tahun 2006. Filem ini adalah mengenai Gere sebagai wartawan yang memburu maklumat mengenai Karadzic.
Banyak lagi yang saya rasa nak papar, tapi masa tidak mengizinkan. Boleh rujuk ke sebuah blog yang dibina khas bagi mengingati mengenai PEMBERSIHAN ETNIK di Srebrenica. Banyak maklumat terperinci mengenai sejarah Srebrenica, proses mengenalpasti mayat mangsa, penjenayah-penjenayah lain yang terlibat, penglibatan beberapa negara dalam peperangan ini, soal-jawab dan sebagainya.
Semoga roh umat Islam yang dibunuh dengan kejam ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan disegerakan pembelaan terhadap mereka dan mana-mana umat Islam teraniaya di seluruh dunia, amiin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda