KERAJAAN Israel pimpinan Perdana Menteri, Ehud Olmert memilih untuk menyerang Gaza kurang sebulan sebelum Barack Obama mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).
Obama yang menganggotai Parti Demokrat akan mengangkat sumpah pada 20 Januari ini bagi menggantikan George W. Bush daripada Parti Republikan.
Israel melancarkan serangan di Gaza sejak 27 Disember lalu dengan alasan mahu menghapuskan pergerakan Hamas yang melancarkan serangan roket ke wilayahnya.
Ada dakwaan menyatakan bahawa Israel melancarkan serangan kerana ia mengambil kesempatan terhadap dasar Bush yang kuat menyokong rejim Zionis.
Bush seolah-olah merealisasikan dakwaan itu apabila menyokong serangan kejam rejim Zionis dengan menyatakan Hamas perlu menghentikan serangan roket ke wilayah Israel.
Setakat ini, Obama bijak bermain kata-kata ketika mengulas krisis Gaza.
Menurut Obama, buat masa ini, AS tidak boleh menpunyai dua pendirian berhubung isu hal ehwal antarabangsa.
Adakah bakal Presiden AS itu mempunyai pendirian lain yang lebih tegas berbanding Bush berhubung krisis di Gaza?
Ketika berkempen dalam pilihan raya, Obama dikagumi kerana membawa slogan perubahan bagi mengubah dasar-dasar Bush.
Obama meletakkan sasaran untuk memulihkan imej AS di luar negara terutamanya di kalangan dunia Islam sebagai keutamaan dalam dasar luarnya.
Tetapi dalam soal krisis di Gaza di mana hampir satu pertiga mangsa kekejaman Israel adalah kanak-kanak, Obama masih enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Hubungan antara AS dengan Israel amat baik sejak sekian lama manakala bakal ketua staf White House yang dipilih Obama, Rahm Emanuel adalah seorang Yahudi.
Sebagai seorang Yahudi, kepentingan negara kelahirannya pasti dipertahankan.
Rejim Zionis mahu memusnahkan Hamas tetapi pergerakan itu dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya menerusi konsep demokrasi yang diperjuangkan oleh AS.
Jika Obama gagal memberikan hujah bernas dalam krisis Gaza, tidak hairanlah imejnya kian tercalar di kalangan umat Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
setiap artikel,hal ehwal semasa atau apa apa yang tertulis disini berdasarkan sumber yang sahih..saya mengalu-alukan kritikan,cadangan atau komen anda